Thursday, April 28, 2011

baca personaliti melalui jenis rambut


ingat tak baru- baru ni nikki is reporting post about rahsia bentuk muka? kali ni nikki is reporting akan post tentang rahsia jenis rambut lah pulak. kenapa?sebab suka=D...so, as usual, u have that kind of natural hair and the personality stated tak seperti yang anda inginkan, jangan la pegi buat rebonding atau pergi perm atau botakkan pulak rambut tu...and this is just for fun..glad kalau anda tak percayakannya=)

macam biasa, description will start with the owner. =P


Wavy hair

1. Wave signifies joy. A woman with her hair style is likely to include people with high self esteem happy. oh saya memang happy. and i love to include people into my happiness. jom- jom=)


Rambut lurus/straight hair

2. bijaksana, a stylish happy, cemburu, dan bijak dalam pengurusan. tengok rambut lah. pandai mengurus. that's why dia straight=)


Rambut negro/negro hair curls

3. less intelligent, stubborn, strong jealousy, romance, a lot of socializing, but difficult to solve the problem yourself, do not like staring,ego, jealousy, blind, romantic, choose and easily run amok atau membaran if difficult to solve the problem. semua yang buruk2 je?emmmm.


Kerinting/ Curly hair

4. intelligent, thinking before acting, open-minded, a lot of interaction, and easy to forgive a person with past mistakes. i have a friend with curly hair..and yes, she is open minded..maybe too open minded.



Rambut nipis/ Thin Hair

5. intelligent, always think negatively of a person, ego, and can even open a small business.

Blonde hair

6. less intelligent, open minded, forgiving, social and wise in escape from problems. this makes me think of legally blond=)


Rambut tebal/thick hair

7. intelligent, stubborn, jealous, romantic, rough, a lot of friends, and can take a person’s heart. semua nak intelligent payahla. carilah wanita yang berambut tebal kerana dia boleh memikat hati orang tua anda..hehe


no hair/ bald

8. errrr...besar betul kepala dia..sensitive, pampered, romantic, but slightly tempered, stubborn and intelligent adjust. stubborn, keras kepala, that's why tak ada rambut yang lekat..hehe..jangan marah..


yang mana satukah rambut anda?=)


by: Nik Husna Nik Ali


Don't play with the media



we know media (wartawan, editor, TV3, TV1, ASTRO dan sebagainya) bukanlah seseorang atau sesuatu yang boleh dipermainkan because they will strike you back if you say something bad about them atau jika anda marah- marah dan beremosi kepada mereka. banyak insiden telah berlaku di mana orang ramai atau orang besar memarahi media dan kemudiannya media mengeluarkan cerita yang tidak sedap didengar oleh masyarakat. kadangkala cerita yang dikeluarkan boleh menjatuhkan maruah individu tersebut

kalau dulu, media memegang tanggungjawab untuk menerima pandangan sumber- sumber tertentu dan tidak melenting apabila dimarahi oleh sumber tersebut. sememangnya itu adalah tugas media. kalau 'no comment' maka 'no comment' lah. jangan lah didesak atau ditanya berulang kali sehingga boleh menimbulkan kemarahan individu yang ditemubual.

sekarang, situasinya sudah lain. media bukan lagi mendengar atau menyampaikan maklumat kepada masyarakat. tetapi media sudah pandai melenting dan menyebarkan berita buruk tentang orang lain. saya tahu, ini adalah untuk mendapatkan keuntungan. masyarakat kita suka sangat tengok kemarahan orang lain..mereka ketawa bila orang lain diburuk- burukkan di media.

beberapa contoh yang boleh diberikan adalah seperti menteri besar kedah yang memarahi RTM kerana RTM menanyakan soalan yang beliau sendiri tidak dapat menjawabnya. RTM menyatakan beliau adalah seorang 'menteri tak tahu'. bila menteri besar kedah ini memaki RTM, mulalah RTM menunjukkan video beliau memaki hamun wartawan dalam berita perdana. berita perdana bukan lagi untuk menyampaikan maklumat tetapi digunakan untuk membalas dendam dan juga untuk kepentingan peribadi.

terbaru adalah tentang DS Anwar Ibrahim di mana temubualnya dengan wartawan disiarkan dalam buletin utama. kita sebagai khalayak yang naif tidak mampu untuk menilai situasi yang sebenar kerana buletin utama sangat hebat dalam aspek penyuntingan. hanya elemen marah DS Anwar Ibrahim sahaja dimasukkan dalam buletin utama. bagi saya, itu tidak adil. masyarakat berhak tahu tentang segala- galanya.

kepercayaan saya terhadap media semakin berkurangan kerana mereka membuat penyuntingan yang 'over'. kalaulah saya satu hari nanti menjadi seorang yang penting(kononlah), lepas tu saya maki hamun wartawan sebab wartawan tanya soalan yang menyakitkan hati, adakah video saya memarahi wartawan akan disiarkan dalam berita?mestilah kan?...berita banyak drama lah...it's good to watch berita dari cerekarama. tak banyak iklan dan tak suspen.

By: Nik Husna Nik Ali

Tuesday, April 26, 2011

nothing much we can do...

Ini adalah nukilan yang saya reka ketika sedang tidur(=D).ianya belum terjadi tetapi hanyalah sebuah imaginasi.

Tidak banyak yang kita boleh lakukan jika ibu yang kita sayangi tiba-tiba pergi meninggalkan kita buat selama- lamanya kerana kita tidak mungkin dapat berbakti kepadanya lagi setelah dia pergi.

Apatah lagi jika kita jarang menemuinya sebelum dia pergi. Apabila dia sudah pergi, barulah kita meratap pemergiannya. Barulah kita teringat akan makanan kegemarannya, dan barulah juga kita teringat akan leterannya yang dahulu kita benci, tapi sekarang dirindui.

Tetapi ianya sudah terlambat untuk diingati lagi kerana...dia sudah pergi...


by: Nik Husna Nik Ali

Monday, April 18, 2011

rahsia bentuk muka


okeh..nampak sangat bosan hari ni kan?..padahal notes belum revise...but it's okay, this is a cure. so, kali ni untuk kali kedua dalam sehari, i will report on bentuk- bentuk muka. so bentuk muka apa yang anda miliki?bulat, bujur, segitiga atau segi empat? atau selekoh?=P

okay, ada beberapa rahsia tentang bentuk muka and don't believe it 100% lorr. it's just for fun. setiap manusia pun ada kebaikan dan keburukan dia sendiri kan? kalau nak cakap muka bujur tu selalu cantik dan baik, it's not fair untuk muka empat segi dan segitiga la kan?

for the purpose of this blog, i will only say good things about face shape. taknaklah nanti orang quote saya dan buat "kami kumpulan bentuk muka segi empat membantah blog nikki is reporting" di facebook wahaha...okay..stop playing.

ada bermacam- macam jenis bentuk muka manusia seperti bulat, bujur, segi empat sama, dan segitiga. segitiga tu macam heart shape la. mesti korang pelik apa jenis manusia la yang ada bentuk muka segitiga=).

so, so so, kalau muka cam ni bujur tak?perasan kejap..
BUJUR/OVAL

Bentuk muka oval cenderung lebih praktis, sistematis dan pekerja keras. Kamu yang memiliki bentuk muka oval juga cenderung memiliki fizikal yang atletik. I don't have atletic body. mungkin muka bujur ni selalu kurus dan kuat bersenam tapi saya tak. hahaha



BULAT

Orang yang memilki muka bulat cenderung memiliki keperibadian yang emosional, sensitif, dan juga perhatian. Biasanya, kalau lelaki yang memiliki muka bulat mampu menjalani hubungan yang stabil dan jangka panjang. so girls out there, carilah lelaki yang muka yang bulat untuk kekal lama..=P



SEGI EMPAT/KOTAK

Orang dengan bentuk muka kotak cenderung untuk menjadi lebih agresif serta dominant. mereka juga memiliki pemikiran yang tajam dan berfikiran kritis. Mesti orang yang muka segi empat gembira kan sebab Paris Hilton ada bentuk muka sama macam mereka?



SEGITIGA/HEART SHAPE

Bentuk muka seperti ini biasanya dimiliki oleh tubuh yang kurus dan memiliki kemampuan persuasi. Bentuk muka ini juga biasa dimiliki oleh orang Tionghoa yang memiliki peribadi yang kreatif dan sensitif tetapi panas baran. tak hairan kalau Victoria Beckham ni kurus dan hot temper, boleh menguasai david beckham=)

jadi yang mana satukah anda? sekarang pergi ambil marker, dan duduk depan cermin, tengok muka anda puas- puas dan buat satu bentuk mengikut garis muka anda. haa?tak ada shape?err, nanti saya buat entry lain tentang bentuk muka yang tidak pasti.

walau apa pun bentuk wajah kita, tuhan telah menciptanya dengan sebaik- baik mungkin. sesungguhnya, manusia adalah makhluk yang paling cantik daripada makhluk- makhluk ciptaan Allah yang lain.

By: Nik Husna Nik Ali

Sunday, April 17, 2011

How to access another 80% of our brain?




have u ever read a book or notes and you remember only half of it?i'm sure you do. kalau tak, anda bukan manusia biasa.=)..this is because we can only access 20% of our brain.

jangan terkejut kalau waktu exam ada situasi seperti:

"damn, i read these things but ape dah eh??"

atau

"blank...dan..ingat balik..then blank..balik.."..

that's normal people=). jangan fikir itu adalah pengakhiran kepada segala usaha anda. like wise man says, bangun pagi, kalau masih nampak matahari, maka anda masih lagi ada harapan..

ok back to the story. jadi how to access lagi 80% of our brain?there are many ways to access it but it can only help by another 30% or so...things such as

vitamin A, B. C, D, E, F, G oops terlebih..



kismis


semuanya boleh meransang another 80% of the brain..

atau, this pill yang diberi nama NZT dalam cerita LIMITLESS



pill ini dikatakan boleh meransang another 80% of the brain..of course la macam dongeng kan but i can never be happier kalau ada innovators out there yang sanggup menghasilkan this kind of pill. apa kelebihan pill ini?

1. menjana pemikiran untuk menjadi lebih kreatif
2. semakin bijak
3. ingat semua perkara walaupun kita hanya expose to that thing sikit je
4. bertindak dengan pantas

so i assume kalau kita consume this pill, kita hanya perlu baca sikit je our notes, and we can already tell the world about what's in the note..fun eh?.

of course it's a drug and ada side effects if you over consumed it. but, who would miss a chance of having 100% access to their brain?..

friends, do watch LIMITLESS di pawagam. it's worth it even you have to spend RM 12 for it=).




By: Nik Husna Nik Ali


Tuesday, April 12, 2011

ayah...

--------AYAH--------♥ Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw seba...ik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga. Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita.. (sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)




By: Nik Husna Nik Ali

Monday, April 11, 2011

rakyat malaysia yang suka menyedapkan hati sendiri...

"Geram dengan kerajaan yang suka menyedapkan hati rakyat about masalah nuklear, masalah telur tiruan from China, virus H1N1 yang dulunya kerajaan pernah kata takkan merebak ke Malaysia but it's everywhere now. what happen then? . Dear government, let them, including me be prepared!=("

makan di restoran, pelanggan tergamam ikan patin harga RM13000


anda percaya tak kalau ikan patin yang masak tempoyak or masak lemak cili api tu harganya RM 13000 di sebuah restoran di Temerloh?

nak lebih jelas lagi?

anda percaya tak kalau....



ATAU


Harganya RM 13000?

itulah yang terjadi kepada salah seorang pelanggan yang tidak mahu namanya disiarkan di Utusan. beliau membawa 50 orang rakannya dan tiba- tiba, "Selesai makan, pemilik restoran berkenaan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,”

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur,”

kalau nak kira, harga seorang makan lebih kurang RM 260. buffet hotel kalau RM 260, entah lobster apa yang keluar dari dapur..haha. kesian dia. kalau tahu macam tu, baik dia beli motorsikal, atau melabur dalam forex or ape- ape ajelah yang boleh bawa untung selain bayar harga ikan patin RM 13000 ni.

it's true kadang- kadang kita tak sedar harga sesuatu barang tu agak keterlaluan dan tak masuk akal.

pengajarannya dekat sini beli la ikan patin di kedai dan belajar masak sendiri di rumah, tak rugi dan tak habis duit RM 13000.

By: Nik Husna Nik Ali



Saturday, April 9, 2011

dunia ini kalau kita bukan siapa- siapa...



Dunia ini, kalau kita bukan siapa- siapa, kita akan ditindas, kita tidak akan dihiraukan dan yang paling teruk, kita akan dibuang jauh- jauh. siapalah kita kalau nak bergandingan dengan artis- artis gilaan ramai. artis yang dulunya mat hantar surat sekarang dipuja ramai pun belum tentu kita dapat duduk sama taraf dengannya.





Baru- baru ini nikki is reporting sengaja menggedik dan menggatal nak jadi penonton dalam studio untuk maharaja lawak episod ke-2. untuk yang belum mengetahui maharaja lawak tu apa, ianya adalah gabungan raja- raja lawak yang terbaik bertanding untuk merebut gelaran 'maharaja lawak'. Tanpa perancangan yang cukup, saya dan azuwan ahmad pun pergilah ke finas untuk menjadi penonton dalam studio. itulah sebabnya, kalau kita ni bukan orang penting, bukan kawan artis, jangan haraplah dapat masuk ke studio dengan mudah.

artis- artis pun mahal aje senyumannya atau mungkin saya sendiri yang jalan tak pandang orang.

kami pulang dengan muka yang sangat kecewa kerana 'dihalau'. alasannya, tempat tak cukup. cakap ajela tempat dah penuh untuk orang- orang penting sahaja. kami hanya nak support performers. not more than that. tapi gayanya macam kami ni nak pergi minta sedekah. apa- apa pun, congrats untuk performers yang berjaya buat orang ramai gelak=)..



azuwan ahmad kecewa tak dapat masuk studio=P


By: Nik Husna Nik Ali


it's mercedes and ford van okay?


Have u ever drive on a highway and suddenly u saw an old van in the middle of the road driving slowly? you might as well cursed at the van for being so old and ugly. but hey, do you realize that the van is actually a Mercedes van or Ford van? yes it is!

maybe their van are much more expensive compare to your car! but of course it was 10 to 20 years ago. i have experience of cursing a van in front of me for driving oh so slow. the van was on the very right lane and it was suppose to be the fastest lane. i hanged behind the old exhausted van, and waited patiently. later after i got bored following the van's ass, i realized something. it was a Ford van! I was thinking, aren't all Ford cars suppose to be elegant and elite?pardon me for being so naive but the van is bringing 'Ford' name.


soon i realize, not every person in this world can afford to have such an elegant and elite cars. Having a car that has a brand is good enough for them although it is just a van. nikki is reporting is thankful that she has a viva that can bring her to the end of the world. haha.

by: Nik Husna Nik Ali

fake eggs!




assalamualaikum. kali ni, nikki is reporting nak report pasal telur tiruan, fake eggs!...anda semua nak tahu macam mana rupa telur tiruan tu?lets take a look=)




interesting kan kalau dapat buat telur tiruan ni and jual dengan harga mahal?people will eat it and you make them suffer..no no no..that's not good. jadi macam mana telur tiruan ni dibuat?

langkah 1:
anda memerlukan 7 jenis chemical seperti calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain lain produk yang 'bersesuaian'.

langkah 2:
letakkan telur dalam bekas yang bulat supaya bentuk telur boleh terbentuk

langkah 3:
buat kulit telur dengan menggunakan paraffin wax..

langkah 4:
jual di pasaran!



kenapa kita perlu buat telur tiruan?mungkin ianya ada kaitan dengan krisis peningkatan harga ayam due to incident in japan. mungkin juga manusia di akhir zaman sudah tidak sabar lagi untuk mengaut kekayaan tanpa mengira nyawa orang ramai yang secara tidak sengaja memakannya melayang.

dikatakan telur ini giat dijual di pulau tikus pulau pinang dengan harga yang hampir sama dengan telur yang original. what i want to say, kalaulah peniaga tu ada anak, and anak dia termakan telur tiruan ni, it will cause damage to them. telur ni boleh membawa kepada penyakit otak dan lain2 penyakit kronik.

p/s: i wish ada penipu tiruan jugak dalam dunia ni supaya penipu itu boleh sedar bahawa dia penipu kepada penipu..faham tak?nevermind=)

by: Nik Husna Nik Ali

Wednesday, April 6, 2011

mati mengejut?ye ke?apa lagi jenis kematian lain?


Assalamualaikum. Jadi hari ini ada satu berita tentang kematian seorang pegawai kastam yang dikatakan mati mengejut. beliau ditemui mati dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton tingkat 1 bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane.
sumber adalah daripada Bernama.

pada pandangan nikki is reporting, pegawai tersebut mungkin sedang disiasat oleh SPRM tentang kes rasuah yang dilakukan oleh beliau. secara logiknya, pasti pegawai kastam tersebut diawasi dengan rapi untuk memudahkan lagi soal siasat. Apa- apa pun, biarlah polis yang menyelesaikan masalah tersebut.

kadang- kadang saya terpinga apabila media menghebahkan bahawa pegawai kastam tersebut mati 'mengejut'. jadi timbul tanda tanya, apa lagi jenis- jenis kematian yang lain?

haa, spooky tak korang?tiba- tiba nak cerita pasal jenis-jenis kematian pulak. it's okay memandangkan i'm bored with my statistic books. so...here we go

1.kematian mengejut

of course la yang disebutkan tadi kan?dia mati mengejut sebab semua orang terkejut bila diatiba- tiba tak ada. in a blink of eye je dia boleh hilang. that's why we call it mati mengejut. kes seperti pegawai kastam ni, orang ramai masih terkejut sebab dia di bawah siasatan SPRM.


2. Kematian ajal

mati ajal adalah jenis mati yang di sebabkan oleh terhentinya fungsi organ-organ yang penting dalam badan manusia sehingga seluruh tubuh manusia rosak secara total dan mengakibatkan roh terlepas dari jasad.kematian jenis ini tidak ada keistimewaan pun sebab memang sudah takdir manusia untuk mati bila dah sampai ajal=)

3. bunuh diri
mungkin terlalu depress dengan kehidupannya sehingga dia sanggup membunuh diri. individu ini mesti rasa bila dah bunuh diri, akan ada dunia lain yang lebih menyamankan dan bebas daripada semua masalah. nikki is reporting percaya kalau kita bunuh diri, masalah akan semakin bertambah bila nak mengadap tuhan nanti.

4. mati syahid
Alhamdulillah....=) Mati syahid adalah mati yang disaksikan oleh pemimpin dan umat,ni.Mati jenis ini adalah puncak kemuliaan kematian di mana pelakunya di rahmati, mulia dan tanpa hisab terus boleh masuk SORGA.

Jadi, fikirlah yang mana satu anda nak?nikki is reporting sempat list kan empat jenis je. kalau ada lagi, tambah- tambah la lagi ye?=)

by: Nik Husna Nik Ali

Tuesday, April 5, 2011

lelaki gila bakar Al-Quran



assalamualaikum. nik- is-reporting rasa lelaki ni ada masalah membakar benda. mungkin sebelum ni dia kerja membakar barang- barang terbuang and he lost his job, that's why dia jadi macam ni. sumber daripada Harian Metro:


KLANG: Misteri kejadian al-Quran di masjid Kampung Johan Setia, dekat sini, dibakar terjawab selepas polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman, semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas penduduk dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengesyaki dia melakukan perbuatan itu berikutan pernah dilihat membuang dan membakar surah Yasin.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, siak masjid berkenaan ternampak senaskhah al-Quran dan kalendar dilekatkan pada dinding masjid mempunyai kesan terbakar ketika memasuki masjid berkenaan untuk solat Subuh.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar naskhah al-Quran yang diletakkan di atas permaidani di masjid itu.


“Ketika ditemui, api sudah padam, tetapi naskhah al-Quran itu masih berasap. Menurut siak masjid, pintu pagar masjid berkenaan dikunci, tetapi pintu masjid tidak berkunci.


“Kejadian itu dilaporkan nazir masjid pada jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dipercayai kurang siuman itu dibuat kira-kira jam 11.30 pagi semalam di rumahnya di kampung sama. Jarak rumah suspek dengan masjid itu kira-kira 100 meter.


Katanya, siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, tetapi lelaki itu ditahan berikutan keterangan AJK masjid berkenaan mengenai perbuatannya sebelum ini, selain suspek pernah membakar motosikal seorang lelaki warga asing yang menetap di kampung berkenaan.

-end-

jadi anda dapat lihat tak?dia asyik nak bakar al-Quran, asyik nak buang yassin, asyik nak bakar motosikal orang. Timbul satu persoalan, orang kurang siuman ni apa sebenarnya yang ada dalam fikiran dia ye? mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu.

saya ada seorang auntie(ibu saudara) dia kawin dengan abang kepada ayah saya. dia ada history atau baka orang gila. ayah dia pernah gila, atuk dia pun pernah gila. mungkin sebab keturunan, dia pun ada sikit masalah kurang siuman seperti menjerit- jerit ke luar tingkap. Orang gila ni mungkin ada kaitan dengan baka kot..mungkinla..mungkin je=)..

but my auntie tu, she's a great person bila dia tak naik gila. bila dia emotionally depressed je dia buat macam tu..sekarang dah tak dengar lagi cerita pasal dia. mungkin dia duduk jauh kot....

By: Nik Husna Nik Ali

Boleh tak kalau universiti macam rumah kaca Akademi Fantasia?

I'm sure all of you dah tengok Akademi Fantasia (AF) musim...musim ke berapa ye?ntah...but it's the last musim khabarnya. iye ke last musim?soon i'm very sure the name will be replace with someting else, 'menggapai impian', 'menuju puncak' etc etc etc. karutlah nak stop the program yang boleh membawa masuk berjuta- juta income ni..

so, what amazed me adalah konsep rumah kaca untuk pelajar AF belajar vokal, lakonan, english class dan diperhatikan oleh orang ramai yang berkunjung ke AEON AU2 Setiawangsa ni..it's in the middle of shopping mall. so i was thinking, kalaulah masyarakat tengok apa yang kita buat, mesti kita banyak berlakon kan?..proses pembelajaran tu tak menjadi sebab you're faking it.

cuba anda bayangkan kalau di universiti, contohnya waktu exam, exam hallnya terletak di tengah- tengah shopping mall. anda rasa selesa tak kita nak menjawab soalan exam tu?it's the same thing as these AF students. mereka ni diibaratkan seperti mengambil ujian untuk 'bergraduasi' di akhir pembelajaran.

mungkin penerbit hanya nak suka- suka implement new concept and i agree somehow it's interesting. tapi ingatlah, setiap manusia pun perlukan privasi. bukan seronok jadi orang yang berada dalam rumah seperti akuarium diperhatikan orang sepanjang hari.

p/s: nasib baik tak join AF musim ni...=)..

by: Nik Husna Nik Ali

anda marah tak?

nik is reporting nak report satu lagi berita yang ceritanya tak pernah- pernah habis!...

anda marah tak kalau satu hari tak ada air?kesal?nak menangis?nak meraung?..uh semuanya dah terlambat. hakikatnya air memang tak ada dan ini terjadi di kolej kediaman saya. malas nak sebut nama kolej, malas nak sebut universiti mana...ada yang dah tau pun.

hari ini, bekalan air terputus satu hari suntuk. saya tak tahu sama ada esok akan berlanjutan atau tidak?...susah nak pergi kolej lain cari air tau..naik bukit pergi mandi kat kolej lain, pastu turun bukit sampai bilik balik, badan dan berpeluh, dah busuk balik.

i don't know what cause the problem. is it because of penguatkuasa? person i voted in campus election? or memang sebenarnya dekat malaysia ni dah kekurangan air?

nik is reporting merayu janganlah menyeksa pelajar waktu study week ni. mereka perlu mandi, mereka perlu segar untuk mengulangkaji pelajaran.

let me show you pictures of orang- orang yang boleh gila bila tak ada air






by: Nik Husna Nik Ali

cun!


karya jujur Osman Ali. nik is reporting rasa cerita Cun adalah sebuah cerita yang cliche tetapi ada tambahan unsur- unsur yang tak pernah ada dalam filem- filem lain. 

"Out of 5 stars, i can give 4.5 stars". itu kata- kata teman hati saya, Azuwan Ahmad. dia juga seorang pencinta filem dan dia tahu filem apa yang bagus dan apa yang tidak. 

what i like about this movie is maya karin berusaha untuk bertutur dalam bahasa melayu walaupun kadang- kadang it sounds funny=)...haha...but she's alright..kalau muka dah cantik, dengan bahasa pun orang boleh jatuh cinta..haha..

ungkapan Remy Ishak dalam cerita cun yang paling saya tak boleh lupa,

"hang ingat hang bagus dah ada kamera ni?hang ingat hangpa kaya boleh buat orang sesuka hati?" lebih kurang macam tu la=). it's true what he said. kadang- kadang kita ni terlalu mengejar kekayaan sampai kita lupa maruah/dignity orang lain. kadang- kadang juga, bila kita pegang kamera, kita rasa kita lah yang paling berkuasa...no offense, but i used to handle camera untuk multiple camera production in my course at UKM. bila pegang kamera, kita rasa kita berkuasa sebab kita boleh ambil apa sahaja shot yang kita nak. sampai kita lupa ada pengarah yang dok menjerit-jerit kat telinga kita..haha=D

untuk semua, try watch this filem..it may not be as great as adjusment bureau tapi it portrays our culture and society=)...

by: Nik Husna Nik Ali

introducing, nik is reporting!


assalamualaikum...hai!so this is my newborn blog!=)..

why nik is reporting? i am going to report whatever things happened around us..thanks to farhana poad for inspiring me to do blog...it is also because of my job career in the future...articles written will be in malay or english..both!=)...

hari ini, saya dikejutkan dengan cerita tentang penyebaran video DS Anwar Ibrahim...i watched it and i judged it...yes, it looks like him but it seems fake...hmmm...nak tgk video tu?..maybe by now, video tu dah di delete because i couldn't find it anywhere...

let me just show a picture of it. thanks to novandri.blogspot.com for this picture...jadi apa yang ada fikirkan?tepuk dada, tanya selera=)...by: Nik Husna Nik Ali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...