Thursday, April 28, 2011

Don't play with the media



we know media (wartawan, editor, TV3, TV1, ASTRO dan sebagainya) bukanlah seseorang atau sesuatu yang boleh dipermainkan because they will strike you back if you say something bad about them atau jika anda marah- marah dan beremosi kepada mereka. banyak insiden telah berlaku di mana orang ramai atau orang besar memarahi media dan kemudiannya media mengeluarkan cerita yang tidak sedap didengar oleh masyarakat. kadangkala cerita yang dikeluarkan boleh menjatuhkan maruah individu tersebut

kalau dulu, media memegang tanggungjawab untuk menerima pandangan sumber- sumber tertentu dan tidak melenting apabila dimarahi oleh sumber tersebut. sememangnya itu adalah tugas media. kalau 'no comment' maka 'no comment' lah. jangan lah didesak atau ditanya berulang kali sehingga boleh menimbulkan kemarahan individu yang ditemubual.

sekarang, situasinya sudah lain. media bukan lagi mendengar atau menyampaikan maklumat kepada masyarakat. tetapi media sudah pandai melenting dan menyebarkan berita buruk tentang orang lain. saya tahu, ini adalah untuk mendapatkan keuntungan. masyarakat kita suka sangat tengok kemarahan orang lain..mereka ketawa bila orang lain diburuk- burukkan di media.

beberapa contoh yang boleh diberikan adalah seperti menteri besar kedah yang memarahi RTM kerana RTM menanyakan soalan yang beliau sendiri tidak dapat menjawabnya. RTM menyatakan beliau adalah seorang 'menteri tak tahu'. bila menteri besar kedah ini memaki RTM, mulalah RTM menunjukkan video beliau memaki hamun wartawan dalam berita perdana. berita perdana bukan lagi untuk menyampaikan maklumat tetapi digunakan untuk membalas dendam dan juga untuk kepentingan peribadi.

terbaru adalah tentang DS Anwar Ibrahim di mana temubualnya dengan wartawan disiarkan dalam buletin utama. kita sebagai khalayak yang naif tidak mampu untuk menilai situasi yang sebenar kerana buletin utama sangat hebat dalam aspek penyuntingan. hanya elemen marah DS Anwar Ibrahim sahaja dimasukkan dalam buletin utama. bagi saya, itu tidak adil. masyarakat berhak tahu tentang segala- galanya.

kepercayaan saya terhadap media semakin berkurangan kerana mereka membuat penyuntingan yang 'over'. kalaulah saya satu hari nanti menjadi seorang yang penting(kononlah), lepas tu saya maki hamun wartawan sebab wartawan tanya soalan yang menyakitkan hati, adakah video saya memarahi wartawan akan disiarkan dalam berita?mestilah kan?...berita banyak drama lah...it's good to watch berita dari cerekarama. tak banyak iklan dan tak suspen.

By: Nik Husna Nik Ali

6 comments:

  1. its all about agenda setting!!..hahah..still remember about that theory...

    ReplyDelete
  2. yes...agenda setting hanis..=D...theory tu sampai bila2 akan melekat=D

    ReplyDelete
  3. yup agenda setting.propa semata-mata.kalau dah edit amek yang marah je,memang la nampak bughokkkk benoooo orang tu kan.

    if u have knowledge,u control the power.
    and the power is media itself.

    ReplyDelete
  4. buruk betul tv3 buat muka anwar..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...