Tuesday, April 5, 2011

lelaki gila bakar Al-Quran



assalamualaikum. nik- is-reporting rasa lelaki ni ada masalah membakar benda. mungkin sebelum ni dia kerja membakar barang- barang terbuang and he lost his job, that's why dia jadi macam ni. sumber daripada Harian Metro:


KLANG: Misteri kejadian al-Quran di masjid Kampung Johan Setia, dekat sini, dibakar terjawab selepas polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman, semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas penduduk dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengesyaki dia melakukan perbuatan itu berikutan pernah dilihat membuang dan membakar surah Yasin.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, siak masjid berkenaan ternampak senaskhah al-Quran dan kalendar dilekatkan pada dinding masjid mempunyai kesan terbakar ketika memasuki masjid berkenaan untuk solat Subuh.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar naskhah al-Quran yang diletakkan di atas permaidani di masjid itu.


“Ketika ditemui, api sudah padam, tetapi naskhah al-Quran itu masih berasap. Menurut siak masjid, pintu pagar masjid berkenaan dikunci, tetapi pintu masjid tidak berkunci.


“Kejadian itu dilaporkan nazir masjid pada jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dipercayai kurang siuman itu dibuat kira-kira jam 11.30 pagi semalam di rumahnya di kampung sama. Jarak rumah suspek dengan masjid itu kira-kira 100 meter.


Katanya, siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, tetapi lelaki itu ditahan berikutan keterangan AJK masjid berkenaan mengenai perbuatannya sebelum ini, selain suspek pernah membakar motosikal seorang lelaki warga asing yang menetap di kampung berkenaan.

-end-

jadi anda dapat lihat tak?dia asyik nak bakar al-Quran, asyik nak buang yassin, asyik nak bakar motosikal orang. Timbul satu persoalan, orang kurang siuman ni apa sebenarnya yang ada dalam fikiran dia ye? mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu.

saya ada seorang auntie(ibu saudara) dia kawin dengan abang kepada ayah saya. dia ada history atau baka orang gila. ayah dia pernah gila, atuk dia pun pernah gila. mungkin sebab keturunan, dia pun ada sikit masalah kurang siuman seperti menjerit- jerit ke luar tingkap. Orang gila ni mungkin ada kaitan dengan baka kot..mungkinla..mungkin je=)..

but my auntie tu, she's a great person bila dia tak naik gila. bila dia emotionally depressed je dia buat macam tu..sekarang dah tak dengar lagi cerita pasal dia. mungkin dia duduk jauh kot....

By: Nik Husna Nik Ali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...