Monday, April 18, 2011

rahsia bentuk muka


okeh..nampak sangat bosan hari ni kan?..padahal notes belum revise...but it's okay, this is a cure. so, kali ni untuk kali kedua dalam sehari, i will report on bentuk- bentuk muka. so bentuk muka apa yang anda miliki?bulat, bujur, segitiga atau segi empat? atau selekoh?=P

okay, ada beberapa rahsia tentang bentuk muka and don't believe it 100% lorr. it's just for fun. setiap manusia pun ada kebaikan dan keburukan dia sendiri kan? kalau nak cakap muka bujur tu selalu cantik dan baik, it's not fair untuk muka empat segi dan segitiga la kan?

for the purpose of this blog, i will only say good things about face shape. taknaklah nanti orang quote saya dan buat "kami kumpulan bentuk muka segi empat membantah blog nikki is reporting" di facebook wahaha...okay..stop playing.

ada bermacam- macam jenis bentuk muka manusia seperti bulat, bujur, segi empat sama, dan segitiga. segitiga tu macam heart shape la. mesti korang pelik apa jenis manusia la yang ada bentuk muka segitiga=).

so, so so, kalau muka cam ni bujur tak?perasan kejap..
BUJUR/OVAL

Bentuk muka oval cenderung lebih praktis, sistematis dan pekerja keras. Kamu yang memiliki bentuk muka oval juga cenderung memiliki fizikal yang atletik. I don't have atletic body. mungkin muka bujur ni selalu kurus dan kuat bersenam tapi saya tak. hahaha



BULAT

Orang yang memilki muka bulat cenderung memiliki keperibadian yang emosional, sensitif, dan juga perhatian. Biasanya, kalau lelaki yang memiliki muka bulat mampu menjalani hubungan yang stabil dan jangka panjang. so girls out there, carilah lelaki yang muka yang bulat untuk kekal lama..=P



SEGI EMPAT/KOTAK

Orang dengan bentuk muka kotak cenderung untuk menjadi lebih agresif serta dominant. mereka juga memiliki pemikiran yang tajam dan berfikiran kritis. Mesti orang yang muka segi empat gembira kan sebab Paris Hilton ada bentuk muka sama macam mereka?



SEGITIGA/HEART SHAPE

Bentuk muka seperti ini biasanya dimiliki oleh tubuh yang kurus dan memiliki kemampuan persuasi. Bentuk muka ini juga biasa dimiliki oleh orang Tionghoa yang memiliki peribadi yang kreatif dan sensitif tetapi panas baran. tak hairan kalau Victoria Beckham ni kurus dan hot temper, boleh menguasai david beckham=)

jadi yang mana satukah anda? sekarang pergi ambil marker, dan duduk depan cermin, tengok muka anda puas- puas dan buat satu bentuk mengikut garis muka anda. haa?tak ada shape?err, nanti saya buat entry lain tentang bentuk muka yang tidak pasti.

walau apa pun bentuk wajah kita, tuhan telah menciptanya dengan sebaik- baik mungkin. sesungguhnya, manusia adalah makhluk yang paling cantik daripada makhluk- makhluk ciptaan Allah yang lain.

By: Nik Husna Nik Ali

3 comments:

  1. sy muka bulat! bulat! bulat! heeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. jika anda mempunyai muka bulat!bulat!bulat!..maka..anda ada keperibadian yang emosional dan sensitif..hehehe=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...