Tuesday, May 31, 2011

mungkin salah satu cara untuk berhenti merokok?

sempena hari tanpa tembakau sedunia mungkin nikki is reporting boleh sarankan satu- satunya cara untuk kurangkan belia merokok. selain menggunting rokok tu, cara lain adalah mengurangkan aksi merokok dalam filem-filem tempatan pada peringkat permulaan.

okay, let's blame the media kalau anda semua nak sangat blame the media. memang media banyak mempengaruhi orang ramai untuk melakukan perkara yang bukan hanya baik tetapi juga boleh membawa mudarat kepada masyarakat. salah satu medium yang boleh mempengaruhi belia adalah filem. ya, filem tempatan seperti KL Gangster, samseng jalanan, dan apa sahaja jenis cerita lah yang ada adegan merokok. Kalau cerita ganas seperti ini tak ada adegan merokok, mesti tak ganas kan?tapi tak ada yang mustahil kan?ada banyak lagi adegan yang boleh buat filem itu menjadi ganas. drama tv yang menceritakan tentang kehidupan korporat juga mengandungi adegan merokok untuk menambah gambaran terhadap gaya hidup elegan kepada cerita.




tidak dinafikan, adegan merokok dalam drama dan filem ini boleh memberi gambaran kepada orang ramai bahawa merokok itu 'cool', kalau stress merokok lah boleh hilangkan tekanan dan merokok juga melambangkan lelaki sejati yang tidak takut kepada bahaya dan masalah yang datang. memang itu betul, tetapi ianya boleh mempengaruhi orang ramai untuk terus menerus merokok.

jadi isi utama di sini adalah, jika pengarah dan penerbit mengurangkan adegan merokok dalam drama dan filem, mungkinkah bilangan belia yang merokok akan berkurangan? mungkin juga. faktor pelakon dan filem boleh memberikan impak yang besar kepada masyarakat. sesuai kan dengan teori cultivation yang menerangkan tentang masyarakat yang mengikut apa sahaja yang mereka tonton di televisyen.

filem- filem tempatan dan antarabangsa yang berjaya seperti filem inception dan lagenda budak setan kedua- duanya tiada adegan merokok..correct me if i'm wrong...tetapi kedua- dua cerita ini masih boleh mengaut keuntungan yang tinggi. jadi pengarah dan penerbit tidak semestinya perlu menyelitkan adegan merokok untuk menarik penonton.

oleh itu, kalau anda ditakdirkan untuk menjadi pengarah filem/drama satu hari nanti, elakkan adegan merokok kerana ia mampu mengurangkan golongan belia yang merokok. lainlah kalau anda tak peduli=)

By: Nik Husna Nik Ali



2 comments:

  1. ok,this is funny ok..kalau lahh wawa isap rokok,akulah org pertama nk tgok kau nik potng rokok tuh..hehehehehehehehehe..
    *nice artcle btw.

    ReplyDelete
  2. haha...rokok tu mahal.kalau gunting cam rugila pulak..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...