Monday, May 16, 2011

orang tua semakin galak lah...

Menarik untuk diceritakan oleh nikki is reporting untuk kali ini. cerita tentang orang tua yang semakin galak bila kita 'menggalakkan' mereka. pernah tak anda dengar tentang rancangan KILAUAN EMAS yang akan bersiaran di astro Prima tidak lama lagi?

inilah satu- satunya rancangan yang dianjurkan oleh Polident (pelekat gigi palsu) di mana ianya adalah sebuah pertandingan menyanyi yang terbuka kepada peserta berumur 45 tahun ke atas. Semua peserta akan bertanding di sesi ujibakat yang dijalankan di empat lokasi dan sepuluh terbaik akan bertanding di Pentas Kilauan Emas dimana dua finalis akan dipilh untuk mewakili zon mereka ke peringkat separuh akhir. Pemenang utama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.

nampak menarik kan?tapi persoalannya, mampukah kita melihat ibu bapa, nenek datuk kita menyanyi terkinja-kinja atas pentas? jangan fikir saya tidak berfikiran terbuka tetapi itu adalah hakikat yang sepatutnya diterima oleh semua orang. apa lagi yang anda nak buktikan kepada dunia pada usia 45 tahun dan ke atas? nak buktikan anda seorang penyanyi yang hebat mampu berentap di gelanggang yang boleh memalukan anak cucu kah?

sesungguhnya saya tidak kisah jika ayah saya suka menyanyi atau berkaraoke di rumah hingga jam 3 pagi. itu adalah tertutup. itu adalah rahsia antara dia dan keluarga. tetapi kalau ayah saya membuat keputusan untuk menyertai pertandingan ini, sumpah saya tak benarkan...

kadang- kadang saya rasa dunia dah semakin terbalik. kalau dulu, kita tak hairan kalau wanita berbaju belang, pemuda berbaju batik. tetapi keterbalikan ini semakin menjadi- jadi. golongan muda menjadi 'imam muda' takkanlah golongan tua nak jadi 'ratu kebaya'?

jelas saya tidak mampu lihat kebaikan yang boleh timbul daripada rancangan ini. mungkin kebaikannya hanya satu; ayah ibu datuk nenek kita famous dan kita boleh tumpang glamor...itu saje...=)...

p/s: ajak anak cucu bertaubat lagi bagus

by: Nik Husna Nik Ali




3 comments:

  1. ASTRO menyajikan pakaej yang lengkap. Merosakkan masyarakat dari peringkat paling muda sehingga peringkat paling tua. ~ Tahniah Malaysia

    ReplyDelete
  2. hedonisme terlampau.tambah lagi hyper reality-so conclusion-----jadi la macam tu.
    barangkali mereka ni tak mampu nak jadi popular masa muda.mungkin?haha

    ReplyDelete
  3. hadi, i agree..

    ana: eh..masa dulu2 MCP belum maju..kekeke=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...