Saturday, June 25, 2011

bagus kalau meniaga ikhlas...



salam...

hari ni nikki is reporting nak report pasal semalam...okay, macam suratkhabar basi report cerita yang dah lepas lama..semalam penulis dan seorang teman bergegas ke shah alam seksyen 7 untuk menonton maharaja lawak akhir. memang tak akan lepaskan peluang sebab finalis sememangnya yang terbaik dan tak pernah gagal buat gusi terus basah=D.

mungkin trend orang malaysia sekarang adalah lawak. lawak yang boleh hilangkan stress tinggal di KL, stress kerja, stress barang naik, stress isteri bising, stress....stress....maklumlah orang malaysia banyak stressnya.

pada awalnya kami nak menonton langsung di stadium melawati shah alam. rumah pun tak jauh. dah sampai di stadium shah alam, kami terkejut sebab kena daftar online dulu sebelum boleh ambil tiket. polisi apa ni?dah la tayang kat astro warna. semua orang tak boleh tengok. nak ambil pas pun kena daftar online pulak? sah orang malaysia ketagih lawak.

bila dah sampai seksyen 7, ramai pulak orang. kedai mana yang pasang maharaja lawak, kedai itu lah yang diserbu orang. kami bernasib baik sebab tauke kedai baik hati buka kan kami satu meja...dia cilok meja dari dapur dia kot...macam ni la peniaga yang kita nak.ikhlas...bukan nak duit saje tapi mementingkan kegemberiaan semua orang...ada lagi orang baik macam ni kat malaysia ni....

jadi itulah ceritanya. kalau nak tengok sesuatu, kita kena buat plan yang baik. kalau bernasib baik, kita ditolong. kalau tak, kena la balik rumah mulut muncung=)..

by: Nik Husna Nik Ali

1 comment:

  1. Hai nik husna... u nampak ceria mengacarakan stamina... salam perkenalan dari saya..jom blogwalking jugak ke blog saya... norul's sketch log..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...