Tuesday, August 2, 2011

tak payah berusaha..just 'talk to the hand'..mengarutlah..haha


anda pernah cuba- cuba tilik tangan sendiri atau kawan anda tak? maaflah bulan mulia ni tiba- tiba nikki is reporting report pasal rahsia jalur tangan pula..hehe...cuma saya rasa cerita yang nak disampaikan ni menarik dan semua orang pun teringin untuk mempunyai kuasa melihat nasib hidup seseorang. jangan percaya sangat ya...tapi, ini yang nikki is reporting jumpa setelah hampir semua laman sesawang digondol=D

anda nampak nombor- nombor di tangan tu? kalau anda nak tahu, menurut pakar- pakar tilik yang terhebat di dunia (kononnya) setiap garisan di atas tapak tangan mampu membawa maknanya yang tersendiri.

anda tengok pula tapak tangan saya. banyak garisan ya saya tak ada? haha. mari kita lihat apakah maksud disebalik garisan- garisan di atas tapak tangan (konon).

setiap garisan mewakili:

  1. Kehidupan
  2. Kecergasan
  3. Cinta
  4. Kejayaan
  5. Matahari
  6. Kesihatan
  7. Perkahwinan
  8. Bilangan anak
  9. Perjalanan
  10. Kewangan
  11. Mewakili 25 tahun usia
1. kehidupan:
saya rasa semua pun ada garisan ini...cuma sama ada ianya terputus- putus atau bersambung...oh kalau terputus- putus, maka kehidupannya amatlah rumit (konon) dan kalau bersambung sampai akhir, bahagialah hidup nya (konon). ada juga individu yang garisan 1 nya bersambung dengan elok tetapi terputus di tengah- tengah dan kemudian bersambung kembali. kalau macam tu, dia mati hidup balik lah kot?

2. kecergasan:
garis ini pun saya pasti semua individu ada. tahap kecergasan saya....memadai..ada dua cabang dan berombak sedikit. mungkin bakal rapuh di usia tua=)...kalau yang betul2 straighttt tu....tahniah, anda mempunyai tahap kecergasan yang hebat (konon).

3. cinta:
ahhh.....ini juga salah satu garisan yang anda pasti ada kan? tak kira ianya lurus, berombak, bengkok, anda mempunyai perjalanan cinta yang tersendiri (konon). bagi saya, garis 3 yang lurus memberitahu bahawa kehidupan cinta anda mudah, tidak berbelit- belit (konon). kalau bengkok seperti saya, pastinya perlu melalui ranjau yang pelbagai untuk mendapatkan cinta yang abadi..(konon)..hahahahaha..

4. kejayaan:
garisan ini saya agak musykil...saya tak ada garisan ini!...mungkinkah sebab itu saya kurang berjaya? astarfirughllah...haha...mungkin ada, tetapi ianya terlalu halus untuk dilihat oleh mata kasar...ish ish. kalaulah ada orang yang mempunyai garisan 4 yang sangat tebal, mesti orang tu extra berjaya kan?kan? (konon).

5. matahari:
melambangkan kecerahan hidup mungkin. saya tak ada garisan ni. oh, gelap lah hidup saya..haha. (konon lagi).

6. kesihatan:
ya..saya ada garisan ini...tapi sangatlah pendek yang mungkin menyatakan kesihatan saya tak berapa bagus (konon). kalau yang panjang dan lurus tu, sihat lah kot anda. (konon).

7. perkahwinan:
garisan ini di tapak tangan saya sangatlah halus. hampir tidak kelihatan. mungkin saya tak begitu gatal nak kawin=P...kalau yang tebal2 garisan ni tu, dah meroyan nak kawin dan melalui banyak perkahwinan mungkin. (konon).

8. bilangan anak:
haha...yang ni kelakar...saya ada 1..2..3..4..5...garis ni...oh ramainya...(konon)..haha

9. perjalanan:
merujuk kepada perjalanan hidup seseorang. kalau lurus, baguslah. kalau berserabut, habisla..(konon).

10. kewangan:
saya tak ada garisan ini...mungkinkah saya tidak mengalami masalah kewangan?ada je hari saya terpaksa makan maggi, ikat perut tunggu ayah masuk duit..hehe. mungkin kalau anda ada garisan ni, eee, banyak masalah duit la kau.jangan kawan dia=D...hahaha

11. mewakili 25 tahun usia:
saya ada!saya ada!..malang bagi yang tak ada. umur 25 tahun dah kena jarum pintal jadi sleeping beauty terus..bahaha...mungkin ini berkaitan dengan kesihatan juga. (konon).

jadi terpulanglah pada kebijaksanaan anda untuk menilai apa yang betul dan apa yang kurang betul. nikki is reporting sedia tahu tilik- menilik ni haram. ini hanyalah untuk suka- suka. selamat berpuasa semua=)

by: Nik Husna Nik Ali











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...