Friday, November 11, 2011

Kami Prihatin..merely a campaign?


hi everyone!...dah lama rasanya tak update blog nikki is reporting...baru dapat seru after pecah peluh buat thesis tentang kempen Kami Prihatin. bak kata orang,"kalau tak ada yang bernas nak ditulis, jangan tulis". memang ini blog saya, tapi i have to see what my target audience suka baca...ada target audience ke?=D=D...

okay...
video




untuk pengetahuan anda semua...video dan poster di atas adalah sebuah video dan poster untuk kempen Kami Prihatin...10 orang responden saya temubual...ada yang tahu tentang kempen kami prihatin, ada juga yang masih samar-samar, ada pula yang tak tahu langsung. bagaimana pula dengan anda?.

kempen kami prihatin adalah sebuah kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang pembuangan bayi dan penderaan kanak- kanak. ingat lagi kepada adik nurin jazlin? ingat lagi kepada bayi- bayi yang dibuang di masjid, di tandas, di surau dan macam- macam tempat lagi?inilah sebenarnya kegunaan kempen ni. persoalannya, berjayakah kempen ini pada pandangan masyarakat khususnya remaja?

nikki is reporting menemubual 10 orang remaja yang berlatar belakang undang- undang, pengajian islam, sains sosial, dan bekerja di institut pengajian tinggi awam. 15 soalan ditanyakan kepada mereka yang merangkumi soalan tentang pengetahuan, pandangan dan kesan kempen ini kepada mereka semua. saya juga ingin melihat sejauh mana kempen ini telah berjaya dalam masyarakat.

antara respon daripada responden tentang pengetahuan mereka tentang kempen kami prihatin lebih kurang seperti di bawah:


"Poster dengan video klip tu banyak kali la tengok. Tak ada la first time tapi ambil endah tak endah ajela. Itu je”.

"Kalau video klip tu tau tapi tak tau yang tu adalah untuk kempen kami prihatin”.


Bila ditanya tentang pandangan responden tentang kempen Kami Prihatin ini pula, ini yang mereka jawab:

“Pandangan kempen ni? Kalau tengok kepada kesan dia…tengok kepada mesej…poyo lah sebab dia punya..sebab target dia untuk anak muda kan. Dia punya poster ni langsung tak cool. Tak anak muda langsung. Tak ada efek daripada apa…sebab anak muda ni masalah dia..dia generalize..anak muda dia ikut culture yang..punk..budak yang ni kan…skinhead. Tapi dia tak menarik minat kita. Kita tengok dahla poyonya. Kita tengok kementerian wanita dan keluarga, dia tak menarik minat. Dan lagu dia sangat tak pop. Lagu dia hampir meleweng-leweng meleleh-leleh. Dia tak terus masuk macam apa yang remaja nak kan. Sebab itu target audience. Tapi dia tak sampai ke tahap tu”

“Kalau orang muda tengok pun mungkin tertarik dengan bayi je tapi kami prihatin ni tak pandang ye. Orang Malaysia dalam berkempen ni gagal. Kempen membaca pun dia tak membaca. Dia kesedaran la. Tak payah ada benda ni pun tak apa. Sedar”.

“For me, the purpose for calling artist to sing songs and promote this campaign is not effective at all. Sebab apa motif panggil artis? Artis bukannya orang yang baik sangat. Itu satu. Benda yang dia nyanyi tu tak ada kena mengena dengan motif kempen ni. Daripada kita idolize artis baik kita idolize seorang yang lebih berpelajaran daripada artis”

Saya juga turut tanya kepada mereka tentang siapa yang seharusnya lebih tahu tentang kempen ni. ini jawapan mereka.

“Perempuan kot. Kalau kita perempuan, janganlah buat macam tu kan. Lelaki bak kata lumrah dia lah. Tak ada effect apa pun dekat dia”.

“Bagi saya memang perempuan lah. Sebab lelaki memang lumrah dia, bukanlah nak kutuk lelaki tapi lumrah dia memang macam tu. Perempuan kena pandai-pandai la. Perempuan kena prihatin pasal kempen ni”.

“Yang nak kena tu perempuan. Yang nak beranak tu perempuan, nak buang pun perempuan. Lelaki bila dapat tahu perempuan tu mengandung dia tinggal terus”.

“Ini adalah collective responsibility. Lelaki mesti ada tanggungjawab untuk pakai kondom. Dan perempuan mesti ada tanggungjawab untuk pastikan boyfriend dia untuk pakai condom juga. Itu sebenarnya berbalik kepada pendidikan”

Bagi saya, well done remaja-remaja sekarang berfikir kan?...

Dan untuk para responden, kempen ini tak memberi apa-apa impak kepada mereka. hanya sekadar kempen kulit semata-mata. mungkin ianya perlu dibaiki. Bagaimana ianya boleh dibaiki?cadangan-cadangan mereka macam ni...

“Kerajaan sepatutnya merancang strategi mereka untuk menjalankan kempen ni dengan lebih berkesan sebab daripada pandangan saya, kerajaan tak berapa serius untuk meneruskan kempen ni”.

“Kempen ni dah ok. Tapi bagi lebih menarik. Lagi menarik perhatian orang. Sebab setakat poster tu tak menarik. Maybe lagi colourful ke lagi yang berjiwa remaja ke macam tu kan. Macam video tu, video tu ada part yang hitam putih macam…eee tak bestnya macam zaman dulu kala. Nak yang best sikit. Tunjuk reality tau jangan asyik tunjuk baby yang mati je”

“Gunakan PLKN kot. Sebab kita dah habiskan banyak kat plkn tu kan. Dahla dia punya syllabus tu membosankan jadi kenapa kita tak ubah. kita face to face budak-budak tu untuk kekang masalah”

“Daripada buang duit untuk iklan baik dia buat drama kan”

“Saya rasa pendidikan la cara yang terbaik. Memanglah pada mulanya untuk kita melakukan perubahan tu dapat tentangan kan. Itu lah yang paling terbaik”.

Apakah kesimpulan yang anda boleh buat berdasarkan respon-respon daripada mereka?anda juga berhak menyuarakan pendapat anda.

By: Nik Husna Nik Ali


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...