Wednesday, November 23, 2011

pengacara atau penyanyi?generasi Y

Selalu mereka yang terdekat bertanya kepada saya sama ada saya lebih meminati bidang nyanyian atau pengacaraan? terus terang saya katakan, saya lebih meminati bidang pengacaraan sebagai sebuah kerjaya dalam diri ini. ya, memang semua orang boleh mengacara secara santai. persoalannya, serius atau tidak mahu terlibat dengan dunia pengacaraan yang memerlukan otak yang bijak dan bukan sekadar rupa yang cantik.

pada saya, pengacaraan yang berasaskan hiburan itu tidak susah untuk dilakukan. dengan muka yang spontan, energy yang tinggi, walllaaa anda dah berjaya=). pengacaraan berasaskan fakta atau berita, itu lah yang memerlukan penyelidikan yang tinggi. salah sikit, semua orang menghentam.

bidang nyanyian pula pada saya adalah sesuatu yang santai untuk menghilangkan stres dan ianya akan menjadi sesuatu yang menarik untuk dilakukan sekiranya tiada orang yang memaksa...ye "BILA TIDAK ADA YANG MEMAKSA". maaf kepada ibu dan ayah yang kadangkala memaksa saya untuk menyanyikan lagu-lagu yang saya tak berapa suka di depan orang ramai. haiaiai..mungkin ianya bergantung kepada mood=).

baru- baru ini sesi rakaman Generasi Y untuk TV1 telah dijalankan dan mereka telah menjemput saya sebagai panel untuk rancangan tersebut. tajuknya adalah 'agenda sosial muzik' i think=P. seronok kerana dapat bertemu kembali dengan muaz yang pernah menjadi juri untuk pencarian hos bintang pantene baru- baru ini. rakaman berjalan dengan lancar dan saya cukup tertarik dengan soalan daripada salah seorang penonton yang hadir. soalannya, "yang mana satu husna pilih?bidang komunikasi media seperti pengacaraan atau nyanyian?" saya memang tak fikir panjang dah. bidang pengacaraan lah jawapannya!haha. saya hanya memegang satu prinsip dalam hidup.

"Panjatlah ke atas perlahan-lahan
supaya di atas sana kita tak termengah-mengah"

ok. saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar rakaman di studio Generasi Y angkasapuri. credits to abg Amar B for the pictures. you are a great photographer=). sudi-sudilah tonton generasi Y sabtu ini jam 2 petang di Tv 1. =)





menyanyi hanyalah sandaran


By: Nik Husna Nik Ali

5 comments:

  1. a'ah..muaz=)...lain sebab pakai spec je kot?hehe

    ReplyDelete
  2. nik..happynye dapat tau nik dpt jadi pengacara..
    dan nik mmg layak menang host ask2011 hari tu.

    tahniah nik :)

    ReplyDelete
  3. hehehe..thank u so much nisa..keep on reading my blog okie?=D

    ReplyDelete
  4. eyh nik, macam mana aku boleh tak tahu neh? hee :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...