Friday, November 25, 2011

typical cara salam dengan orang

helluu...=) ada hari kita tak dapat mengelak daripada bersalaman dengan orang yang baru sahaja kita kenal.cara salam dengan orang melambangkan jenis karakter apa yang kita miliki. ikhlas ke, tak ikhlas ke, kaki dengki ke, gatal ke..semuanya, melalui cara kita bersalaman dengan orang.

cara salam situasi 1
selalu makcik-makcik, bukan makcik pun ada. kalau nak bersalaman dengan orang dialognya selalu macam ni.

orang muda: assalamualaikum makcik!apa khabar? ada nasik tak kat rumah?

makcik: alahai, maaflah makcik baru basuh pinggan ni haa..


orang muda: sihat makcik?(sambil menghulurkan tangan nak salam)


makcik: tangan makcik basah ni..jap2. (sambil lap-lap tengan di belakang punggung)..
barulah anak muda dan makcik ni bersalaman.. )

like seriously?lap tangan belakang punggung akan membuatkan tangan anda semakin bersih ke?haha. sanggup pula orang muda tu nak salam dengan makcik tu lepas dilap-lap belakang punggung=D



cara salam situasi 2


datin 1: ohh...tadi datuk sendiri yang teman i shopping2. at the same time, datuk teman i set rambut ni..bertuah i datin(nak kawan de
ngan datin2 saje)

datin 2: beruntunglah u datin. kita tak salam dari tadi ni..salam jap.i nak tunjuk barang kemas i kat u ni datin... (maka bersalaman lah mereka dengan genggaman yang erat. maklumlah sesama datin. kiss pipi kiri kanan kiri kanan)

datin 2: datin, ni i bawak bibik i. baru kerja dengan i setahun tapi bagusss...


datin 1: oh ye ke?

bibik: apa khabar bu! (sambil hulur salam)

korang pernah tengok tak cara orang salam tak ikhlas atau mungkin jijik dengan orang yang nak disalamnya? salam di HUJUNG JARI sahaja. dan cepat2 tarik salam balik...ish ish ish.baik tak perlu salam langsung
.


cara salam situasi 3

cara salam yang ini memang biasa kalau orang tua bersalaman dengan orang yang lebih muda.


perempuan muda: assalamualaikum pakcik (sambil hulur tangan. niatnya taknak cium tangan.)


lelaki tua: waalaikumussalam..(salam dan diangkatnya tangan perempuan muda tu ke hidung dan mulut perempuan tu. nampaklah macam perempuan tu cium tangan dia)


tak tahulah nak cakap apa pakcik...pakcik sahaja yang faham maksud pakcik tu=)


itulah dia jenis-jenis cara kita bersalaman. apa pun cara salam anda, yang penting IKHLAS=)



By: Nik Husna Nik Ali



1 comment:

  1. erk.kalau saya bersama,tangannya biar dicium dahi saya,bukannya mulut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...